RENUNGAN DAN MOTIVASI DIRI

Thursday, November 27, 2008

Pernahkah anda berasa benar-benar sunyi? Benar-benar kecewa? Benar-benar luka? Benar-benar rasa tak dihargai? Tidak berharga? Tidak berguna lalu rasa atau terfikir lebih baik mati sahaja..? Sebagai manusia biasa kita tidak pernah sunyi daripada perasaan dan tekanan hidup yang pelbagai aroma dan citarasanya. Ia lahir dari naluri rasa yang tidak terpenuhi dalam kendiri kita. Ini adalah penyakit jiwa manusia yang tidak akan ada ubatnya di farmasi mana juga. Kesakitan ini suatu yang lebih sakit dari terhiris pisau atau tercucuk duri selumbar. Ocoi sering melalui semua ini. Justeru itu, ocoi berani berkata bahawa kebanyakan daripada kita akan cenderung berfikir bahawa seksaan, penderitaan dan masalah adalah perkara-perkara yang "buruk". Terlanjur membaca coretan ini, apa kiranya kita renung sebentar apa yang ocoi ingin kongsikan ini. Kita dianugerahkan deria rasa sakit supaya kita menarik semula tangan kita dari sesuatu yang panas sebelum tercedera teruk. Kita berasa sakit apabila otot kita ditegangkan secara berlebihan. Banyak juga cerita yang kita dengar tentang ahli sukan atau olahragawan (athlete) yang kerjaya sukannya terpaksa berakhir lebih awal kerana lumpuh untuk selamanya kerana mereka tidak menghiraukan kesakitan yang dialami dengan mengambil dadah untuk mengatasinya. Walhal kesakitan sebenarnya perlu dalam proses pembesaran fizikal mahupun perkembangan psychomotor seseorang. Bagaimana dengan mengalami kedukaan, penderitaan dalam hidup? Adakah ia suatu hal yang 'baik'? Untuk ini ocoi nak berkongsi suatu cerita dimana mungkin anda dapat jawapannya. Ada seorang ibu tua yang baru kematian anak lelaki tunggalnya. Dalam kehibaan dan musim berduka itu si ibu telah pergi berjumpa seorang yang warak lagi bijaksana jika ada sebarang doa atau mantera ajaib yang dapat menghidupkan anaknya kembali. Si warak tidak berkata apa-apa tetapi meminta si ibu membawakannya sebiji benih sawi daripada sebuah rumah yang tidak pernah mengenali kedukaan dan kehibaan. Ia digunakan untuk melenyapkan kedukaan di dalam hidup si ibu. Bila dengar permintaan itu si ibu bergegas pergi mencari benih sawi ajaib itu. Mula-mula dia telah sampai ke sebuah rumah banglo besar lalu mengetuk pintu lalu berkata, "Makcik mencari sebuah rumah yang tidak pernah mengenali kedukaan dan derita, adakah ini rumahnya? Ini penting sekali buat Makcik katanya". Tuan rumah berkata, "Makcik telah datang ke rumah yang salah". Lalu tuan rumah itu menceritakan segala kisah sedih dan tragik yang telah menimpa isi rumah mewah itu. Makcik itu lalu berfikir dalam hatinya, "siapakah lagi yang lebih memahami dan membantu tuan rumah malang ini selain daripada aku yang telah mengalami kedukaanku sendiri dan boleh memahami perasaan orang berduka??" Lalu Makcik itu singgah sebentar dan menenangkan hati dan perasaan tuan rumah mewah itu dan seterusnya berjalan lagi mencari rumah yang tidak pernah mengenal kedukaan untuk mendapatkan benih sawi. Namun ke manapun ia pergi, samada banglo, istana yang terseragam indah hingga ke pondok paling buruk pun tiada satupun yang tidak mempunyai kisah sedih dan kedukaan. Akhir sekali, oleh kerana terlalu banyak kisah duka, penderitaan dan kesedihan yang ia dengar dari setiap rumah yang dikunjunginya dan setiap kali itu pula terpaksa mententeramkan hati dan perasaan penghuni rumah itu menyebabkan Makcik itu terlupa akan usahanya untuk mencari benih ajaib itu. Tanpa disedari juga ia telah melenyapkan kedukaan dalam hidupnya... Naah.. justeru itu..kita harus akaui bahawa "Kesukaran itu wujud agar dalam mengatasinya kita menjadi kuat kerana hanya mereka yang telah menderita sahaja yang mampu untuk memahami juga untuk menyelamat. Oleh itu, jika anda berasa anda sedih, derita, anda rasa malang, anda miskin, anda hina. Lemparkan jauh-jauh perasaan itu kerana di luar sana, di hujung sana, di atas bumi dan di bawah kolong langit yang kita junjung ini masih ada yang lebih derita,lebih hina, lebih miskin dari kita. Sedarlah bahawa kita masih sangat bertuah.

JEJAK PEDALAMAN NOV 2008

Monday, November 24, 2008

PEKAN TONGOD KINABATANGAN SELEPAS 10 TAHUN JADI DAERAH PENUH
Gambar-gambar berikut adalah pemandangan di Pekan Tongod yang Ocoi ambil pada 24.11.2008. Bagi penduduk di bahagian pantai barat Sabah pasti nama dan Pekan ini masih asing. Sebenarnya Daerah Tongod telah diisytiharkan sebagai satu lagi daerah berstatus Daerah Penuh oleh Tan Seri Benard G.Dompok (Ketua Menteri Sabah pada waktu itu) pada tahun 1998. Sepuluh tahun berlalu keadaan pekan ini belum mempunyai ciri-ciri sebagai Daerah Penuh jika dilihat daripada infrastrukturnya. Apapun anda nilailah sendiri.
Pejabat Majlis Daerah Tongod Lama.Ocoi tiba pada jam 11.00 am(24.11.08) Pejabat ini da takada orangnya,entah ke mana pergi pekerjanya.


Bangunan Pejabat Daerah Tongod yang baru siap pada tahun ini.
Keadaan di pejabat baru ni juga agak lengang,mungkin kerana kakitangan di pejabat ini tidak sampai 40 orang.

Bangunan Baru Pejabat Daerah Tongod
Satu-satunya bangunan SEDCO yang ada


Ini pula Hospital Daerah Tongod-Satu-satunya projek mega yang ada setakat ini. Sayangnya hospital ini belum mempunyai seorang doktorpun.Mungkin kerana jumlah pesakitnya yang masih kurang tidak melayakkan walaupun seorang doktor dipostingkan di hospital ini.

Itu sahajalah yang dapat Ocoi kongsi dengan kamu orang tentang pekan dan Daerah Penuh Tongod ini. Senang-senang jemputlah lihat sendiri pekan di pedalaman ini. Ocoi sendiri tertanya-tanya apa kelebihan status Daerah Penuh dengan yang tak penuh itu.

SABAH ZON SELESA PATI

Wednesday, November 19, 2008

Bandar Sandakan 19.11.08-Ocoi sempat merakam beberapa aksi manusia.Sayang tak semuanya dapat dipostingkan di ruangan ini. Yang ada nipun taklah baik sangat kerana ia diambil tanpa mohon kebenaran (candid)..Takut2 juga ocoi kena belasah maklumlah penggambaran tidak ditaja oleh mana2 pihak. Nasib baik guna handset yang agak canggih juga masa tu. Semua berlaku di depan mata.
Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sudah sebati dengan keadaan ini dan tidak melihat ia sebagai satu hal yang salah.Tetapi jika orang tempatan jangan cuba2 buat nanti terbang beribu wang ringgit selain daripada meringkuk beberapa hari dalam penjara.


Jahit kasut atau apa sahaja, merupakan kerjaya mewah PATI di negeri Sabah. Senang jadi PATI di Sandakan(Sabah) -Duduk dan tunggu pembeli sahaja.Tak perlu bermandi peluh dan lumpur sebagaimana pribumi di pedalaman Sabah.

Inilah aktiviti PATI-Jual Rokok bebas cukai. Sekali pandang mereka ni seakan duduk merehatkan lelah sahaja dengan beg besar di depan, tapi jika anda menghampiri mereka akan berkata; 'rokok dik, rokok bang' lalu membuka beg plastik yang dipenuhi pelbagai jenama rokok.
Ini pula merupakan beberapa siri pemandangan yang terdapat di sekitar pasar besar Sandakan. Saya tak perlu nyatakan siapa mereka ini kerena rasanya para pembaca apatah lagi mereka yang selalu berkunjung ke Sandakan pasti kenal sangat mereka ini.Yang pastinya mereka jauh sekali dari status pribumi Sabah.



Anak2 PATI ini hidup riang seperti negara ini milik mereka.
Ini pula bangunan Pasar Besar Sandakan, satu-satunya bangunan baru selain bangunan Gentingmas yang ada di pusat bandar ini selepas 20 tahun berlalu.

Ini pemandangan di jalan Dua Sandakan.Jalan paling sibuk di bandar Sandakan. Keadaan bangunan2 di lorong ini belum berubah sejak 20 tahun yang lepas kecuali warna dan pemilik serta pekerja-pekerjanya kedai sahaja yang berubah. Berdepan dengan suasana ini ..jika dipendekkan akal dan fikiran rasanya ocoi tak bangga menjadi anak tempatan jenuin di negeri yg amat ocoi cintai ini. Ini kerana bila kita berada di bandar Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu, malah di Keningau, K.Kinabalu ocoi rasakan bukan berada di bumi Sabah. Ocoi sejujurnya iri dengan kehidupan kawan-kawan di bumi Kenyalang yang tak parah dengan sunami PATI ini. Setiap masa, hangat di media2 cetak dan elektronik akan pelbagai program pemutihan yang sering dicanang-canang oleh para pemimpin dari peringkat teratas hinggalah ke peringkat kg.Tapi hingga ke saat ini nampaknya tidak ada jalan akhirnya. Ocoi secara peribadi sebenarnya melihat permasalahan ini lebih gawat dari apa juga senario di Sabah mahu pun Malaysia. Janganlah kata 'Pemutihan',.penguningan pun tak mampu dilakukan kerana senario ini dah berakar tunjang yang telah menembusi semua lapisan tanah di negeri ini. Umpama kita bela haiwan dari kecil, da besar nanti walau 100 kali kita halau pergi tetap balik ke rumah jua. Silap siapa semua ini? Ocoi tak da niat menuding jari kepada sesiapa. Siapa yang celik sejarah,pentadbiran, keadaan politik semasa dan kedudukan geografi Sabah pasti ada jawapannya. Sebenarnya PATI ini mempunyai strategi yang amat halus untuk terus tinggal di sini..antaranya..,menguasai bahasa tempatan Sabah, berkawan dan berkahwin dengan penduduk tempatan walaupun tak suka ada juga yang betul2 suka, jadi pekerja sementara, berbudi bahasa selembutnya...tawarkan pelbagai perkhidmatan.(????). Jika fenomena di bandar2 di Sabah kita melihat mereka dengan begitu berlelusa..jangan pula kita fikir ia hanya di situ sahaja. Pergilah jejaki seluruh kampung di negeri ini. Ocoi percaya tidak kurang daripada 70% kg2 di negeri ini mereka ada malah, kedudukan mereka di sana sebenarnya lebih utuh. Mengapa tidak? Mengapa ada KK yang bermenatukan si ambutang, si duriang, si Mabuhi Manghali ini?dan yang sewaktu dengannya. Mengapa si JKKK bebiras berbesan dengan si....bla.bla...malas nak cakapla.. Nah..! fikirkan bersama, jika inilah keadaannya jangan bermimpilah senario PATI ini akan selesai. Jika anda berpeluang pergi ke daerah Telupid (ocoi percaya keadaan serupa berlaku di mana2 juga di negeri ini), anda akan melihat siapa pemilik rumah yang hebat2 di sana..yang pelik bin ajaibnya rumah besar terseragam indah,termasuk 2,3 kereta besar di bawah rumah itu didirikan di kawasan hutan simpan. Siapa pemilik bas-bas express Sandakan-KK.KK-Tawau...??Siapa pemilik dominan kereta2 sewa berpermit seluruh Sabah...? Hai..hai...apa da jadi dengan Negeri Di Bawah Bayu ini??

APA SETERUSNYA..

Tuesday, November 18, 2008






Suatu ketika pokok-pokok(Getah dan Sawit) ini amat berharga dan dihargai ketika harganya melambung naik. Sehinggakan ada individu yang boleh duduk 24jam di restoran dengan pelbagai warna dan jenama minuman tin di depan meja. Namun bulan sept.2008 yang lepas kedua-dua pokok sandaran kebanyakan penduduk Malaysia amnya dan Sabah khasnya amat terpukul dengan kemerundunan harga pasaran bagi kedua punca pencarian ini.Sebelum itu telah muncul bebarapa jenis tanaman 'alternative' seperti pokok jati,pokok sentang yang sehingga kini belum ada bukti kejayaannya. Timbul pula pokok jarak(Jetropa) terkini pokok gharu(Agarwood)yang dikatakan boleh memberi pulangan puluhan malah jutaan ribu dalam tempoh tidak kurang dari 6 tahun. Apakah penanaman pokok gharu ini boleh berjaya dan memberi pulangan yang diwar-warkan? Harap-harap ia tidak senasib dengan pokok jati yang kini hanya menjadi tumbuhan yang tak diambil peduli di tepi jalan dan hanya menanti ditumbang kerana menyemak jalan dan kawasan rumah sesetengah orang.Apa pula tanaman seterusnya ya??

PEKAN DAERAH KECIL TELUPID SETELAH 51 TAHUN MERDEKA

Monday, November 17, 2008



Anda yang pernah atau tinggal hampir atau yang selalu mengunjungi pekan ini pasti lebih kenal dengan pekan ini. Anda nilailah sendiri sejauh mana kehebatan infrastruktur yang dinikmati oleh pekan dan penghuni sekitarnya.Apa yang ada di sini?Seunit pejabat pos,3 pintu hotel,yang lain-lainnya kedai-kedai runcit dan restoran mamak di samping gerai-gerai sayur beberapa kerat orang tempatan yang lebih dimonopoli oleh warga negara lain.

JEJAK PEDALAMAN OCT.08

Sunday, November 2, 2008






Baru2 ini Ocoi telah pergi ke satu kawasan di pedalaman Sabah. (Kg. Penangah Tongod Kinabatangan)Lihatlah air sg. Kinabatangan yang tidak pernah jernih ini. Namun ia tetap menjadi sumber air utama bagi penduduk di kawasan ini. Ocoi juga sempat merakam sebahagian daripada 38 buah rumah yang hangus dibaham api beberapa bulan sebelum kunjungan Ocoi di tempat ini.

 
 
 
 
Copyright © OCOI