LEPASKAN AKU SEMULA KE RIMBA RAYA, KE ANGKASA BIRU

Monday, January 26, 2009

"Aku ingin menjadi angin yang bertiupan..bebas di awan biru seperti insan yang sedang rindu.. aku jua ingin sertai beburung lain, seperti sang rajawali, terbang tinggi di langit biru, berhenti jika perlu dan terus terbang memburu rindu"

"Sudah lama aku tidak menyedut udara kebebasan. Nyaman sekali rasanya. Aku ingin seperti kanak-kanak yang dilepaskan bermain di tepi pantai. Penuh kegirangan memijak pepasir menuju ke gigi air dan menikmati gelak tawa manja ombak-ombak di bibir pantai. Ingin jua menikmati bersama betapa nikmatnya ciptaan Tuhan.
"Beban dunia kurasakan hilang di saat aku sandarkan pengharapanku pada insan bergelar manusia. Mengapa perlu aku terus menagih kasih dari manusia, sedangkan seharusnya aku berusaha mendapatkan cinta mereka yang agung. Aku belajar menerima hakikat bahawa cinta manusia hanyalah nafsu dan kepuasan yang amat menyakitkan. Bilakah masanya aku mampu tersenyum, kerana aku terus terkurung, kebebasan makin menjauh, bersama bayu pergunungan, menghilang di sebalik dedaunan rimbun di lereng pergunungan Trus Madi"
Demikianlah mugkin yang sedang difikirkan oleh burung Serindit@ 'Turipos' (Loriculus) ini jika kita dapat dengar dan memahaminya. Ocoi ambil gambar burung ini dari sangkar yang dibimbit oleh seorang kanak-kanak pada 25.01.2009. Burung ini bukan pertama kali ocoi nampak. Di kedai-kedai burung, di rumah-rumah sama ada di kawasan bandar mahupun di kampung-kampung banyak bergantungan sangkar-sangkar atau mungkin lebih tepat penjara-penjara burung yang berisi makhluk lemah ini. Namun ocoi tidak pernah ambil kisah. Namun pertama kali ini, ada sesuatu yang menggamit naluri ocoi untuk mendekati makhluk kecil tapi amat cantik ini. Entah mengapa manusia suka sangat simpan burung ini dalam sangkar,mungkin kerana kecantikannya. Tapi semuanya akan berlalu begitu sahaja. Ditangkap, dikurung untuk beberapa bulan dan akhirnya burung ini mati begitu sahaja dalam sangkar. Inilah agaknya yang dikatakan kecantikan membawa padah. Ocoi pasti jika burung ini berwarna hitam seperti burung gagak, berwarna kelabu, atau berwarna kuning tahi, pasti tidak akan diburu oleh manusia. Benarlah kata seorang bekas guru psikologi ocoi, bahawa manusia cenderung kepada kepuasan kendiri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain/makhluk lain. Apa yang lebih malang, ada pelajar sekolah rendah nun jauh di pedalaman sana yang sanggup ponteng sekolah/kelas kerana ingin menambah koleksi burung Serindit @ 'Turipos' mereka.

"Selasih tumbuh di luar pagar,
Benih dibawa darilah tanjung,
Malangnya burung di dalam sangkar
Mata terlepas badan terkurung"

" CINTAI FLORA DAN FAUNA SEMULAJADI KITA, BIARKAN UNGGAS TERUS BERNYANYI RIANG DI RIMBA RAYA"

9 comments:

Lala said...

hahaha karangan yg lala minati.bikin sorimbutuon..bikin jatuh cinta+jatuh hati...kha!kha!kha!..jiwang kunu...

ocoi said...

hehee..biasa aja ba itu lala,ocoi ni BM wktu SPM pun dpt 9 aje bukanlah bnyk sgat tapi kira ok lah berbanding dengan kawan2 yang dapat 1 aja..kha-kha... betul kah iyu lala??Alaa jatuh-jatuh tu biasalah, jagan jatuh ke dalam lubang tandas ajala...hehee.. gurau aja boi lala..

Anonymous said...

ala besala BM SPM memangpun 1 aja..tak kan 2 subj BM pulak..hahaha..tapi tu pantun ba..dapatan dr mana 2...tapi cianya burung serindit 2..cousin2 c nuri baitu kan..dorang bekol kol ajalah melalui siulan yg dorang ada 2 kan..nasib2 c turipos laitu..

Bambangan @ Ony said...

Burung Serindit atau nama sainstifik adalah Loriculus merupakan avifauna yg dilindungi.... klu x caya buka ni laman http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAviClist/Blue_crowned_Hanging_Parrot.pdf

ocoi said...

Thanks Ony,tma ksih bnyak2 atas imfor (ilmu) yang ony beri.

DrKong said...

hebat...hebat...tidak terkata....

ocoi said...

biasa2 ajaba itu kong.itu aja yg termampu..hehe..

Don MS said...

Selagi ada pembeli dan peminatnya... selagi itulah haiwan seumpama ini akan jadi mangsa "keseronokan" manusia... bayangkan kalau satu masa nanti... entah abad yang ke berapa...kita pula yang jadi "pet" kepada pet kita sendiri...

ocoi said...

Betul tu MS, nanti jadi mcm dalam wayang gambar pula, kita yg jdi peliharaan haiwan. Tapi kalau pet pun mcm manusia yg pilih bulu, selamatlah kawan kita si OM dan yg sewaktu dengannyakan...menanglah diorg..heheee..

 
 
 
 
Copyright © OCOI