KEINDAHAN TERSEMBUNYI

Tuesday, March 24, 2009



Sekali pandang pokok ini langsung tidak menarik perhatian sesiapapun. Namun orang yang peka dan boleh meletakkan dirinya jauh ke alam semulajadi sebenarnya boleh melihat dan menikmati keindahan yang dimiliki oleh pokok ini. Kita harus memahami dan menikmati alam bukan dengan pandangan mata kasar kita tetapi dengan naluri seni yang ada jauh di lubuk hati. Sememangnya hal-hal sebegini selalu terlepas pandang oleh makhluk bergelar manusia.








Lihatlah lebih dekat lagi pokok ini. Pasti sahaja ada insan yang bergelar manusia mengatakan bahawa pokok ini tetap tidak menarik dan boleh ditemui di mana-mana pun jua. Ya itu pasti, pokok ini bisa sahaja ketemu di mana-mana dan tak begitu sukar mencarinya. Namun cuba lihat gambar seterusnya..




Naaa...ini close up dia... Mungkin ia biasa-biasa saja bagi orang lain tetapi bagi Ocoi ini pemandangan yang cukup menarik. Melalui pandangan dekat ini Ocoi rasakan berada pada suatu tempat dan mungkin jua pada suatu zaman silam, dimana sistem semulajadi bumi ini belum diganggu gugat oleh manusia. Di suatu zaman dimana rimba raya belum dicekik dan dirogol oleh perubahan semasa yang pasti sahaja dibauri oleh kerakusan, keegoan, dan ketamakan makhluk bernama manusia.



















Manusia dan alam sekitar sebenarnya mempunyai pertalian simbiosis. Manusia juga tahu jika tidak mempraktikkan amalan mesra alam, alam sekitar akan lenyap bersama semua komponen yang ada di dalamnya. Justeru itu, kita sebenarnya tidak ada pilihan lain selain daripada berkerjasama dengan alam sekitar. Bagaimana caranya? Jangan memusuhi alam, dengan kata lain sayangilah alam ini (mesra alam). Ocoi bukan menolak pembangunan, tetapi kita mempunyai cara agar kedua-duanya berjalan seiring jalan. Ya, melalui Pembangunan Mapan.


Tidak pasti jika generasi akan datang masih sempat menikmati keindahan yang pernah dimiliki oleh bumi ini..
Ocoi rasa prajudis tentang hal ini.

Persidangan Bumi mengenai Pembangunan Mapan pernah diadakan di Johannesberg, Afrika Selatan pada tahun 2002 dan sepakat menyimpulkan bahawa manusia tidak kira, dewasa, kanak-kanak, tua dan muda sebenarnya memerlukan pembangunan mapan. Namun Ocoi melihat hal ini tidak mungkin berlaku seandainya tidak ada amalan Mesra Alam dari penduduk planet bumi ini. Ingatlah bahawa kita sebenarnya bergantung hidup secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan alam sekitar dalam banyak hal.


CURAHAN MINDA ABSTRAK

Saturday, March 14, 2009


Lukisan abstrak adalah antara lukisan yang Ocoi paling minati selain daripada lukisan alam semulajadi. Manakala, figure manusia adalah yang Ocoi paling tak gemari. Entahlah, sukar nak terangkan apa sebabnya, tapi mungkin lebih mudah memberi jawapan jika katakan sahaja tidak pandai/tidak tahu. Mana tidaknya, jika sepuluh wajah yang Ocoi lukis hanya satu atau dua sahaja yang jadi, selebihnya jadi penghuni tong sampah..hahaa...

Lukisan bagi Ocoi tak perlu cantik, apa yang penting ia boleh menyampaikan mesej atau aspirasi rasa pelukis itu. Ini kerana lukisan bagi Ocoi adalah umpama bait-bait puisi, dimana tidak semua orang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh si pemuisi. Sebaliknya ia umpama rentetan dan rakaman cerita bagi si pelukisnya/pemuisi, kerana setiap lukisan yang terhasil di atas kertas lukisan atau kanvas adalah paparan minda si pelukis. Ia merupakan rakaman sejarah dari diari kehidupan si pelukis / penyair.

Dalam lukisan juga kita boleh ceritakan apa sahaja, boleh buat apa sahaja khasnya dalam seni lukisan abstrak. Kita boleh gambarkan apa sahaja walaupun mungkin hanya pelukis yang tahu dan memahaminya. Kita boleh gambarkan siapa sahaja, insan yang kita paling sayangi dan juga sebaliknya. Tidak ada siapa yang boleh halang atau dakwa kita kerana ia berbeza daripada kenyataan-kenyataan bertulis. Apapun aktiviti yang Ocoi paling minati ini, Ocoi sendiri sudah jarang sekali melakukannya secara live. Mungkin kerana semuanya kini boleh dilakukan di hadapan komputer sahaja. Tetapi hasilnya bagi Ocoi tetap tidak sama. Sesekali aktiviti ini Ocoi lakukan juga tetapi mengikut masa dan permintaan sahaja dan yang paling penting 'mood' di tahap yang terbaik baru boleh buat.

PEDALAMAN OH PEDALAMAN

Monday, March 9, 2009

Bila sudah sebati dengan dunia web/internet, terlalu pincang rasanya bila terpisah dengan web. Sejak akhir-akhir ini Ocoi seakan-akan menyepi dari dunia blogger ini. Bukan sudah bosan dengan dunia ini bukan juga sengaja menyepikan diri tetapi sejak kebelakangan ini Ocoi semakin sukar mendapatkan kemudahan internet. Kedudukan Ocoi di Pedalaman Sabah..di kaki anak-anak banjaran Trus Madi ini menyukarkan Ocoi melayari internet.













Ini adalah antara alternatif yang Ocoi lakukan. Terpaksa panjat bukit untuk cari line handset dan cuba access internet menggunakan Broadband. Note book tu sambung terus ke bateri kereta tu. Malang sekali keadaan tidak menyebelahi.

 
 
 
 
Copyright © OCOI